Thursday, May 22, 2008
Rujukan
Abdul Samad Hadi. 1985. ‘Kemiskinan, Perbandaran Dan Pasaran Makanan Di Bandar Malaysia’. Dalam Sulong Mohamad dan Rahimah Abd. Aziz (peyunting). Perbandaran dan Pembangunan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Akmal. 1979. Pembangunan dan Masalah Ekonomi - Kumpulan Rencana Pilihan Dewan Masyarakat 1963-1972. Dlm. Dasar Ekonomi Baru Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amir Hussin Baharuddin. 1984. Ekonomi Pembangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Arniza Binti Mokhtar. 2001. Pelaksanaan Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Bestari di Negeri Sembilan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Frederic J. Osborn, dan Arnold Whittick. 1963. The New Towns: The Answer to Megalopolis. New York
Hanson, J. L. 1969. Dictionary of Economic and Commerce. Edisi ketiga. The English Language Book Society and MacDonald. London: Evans Ltd.
Hisrich, Robert D. dan M.P. Peters. 1995. Entrepreneurship – Starting, Developing and Managging A New Enterprise, Edisi ke-3. Chicago: Irwin Inc.
Hj Ahmad Zaidi Hj Johari. 1999. Bimbingan Dan Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi Peringkat Menengah Rendah. Tesis Dr. falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Junaenah Sulehan. 1989. Strategies to Regulate the Informal Sector. Dlm. Issues on human resource development in Sabah. Disunting oleh Mohd Yaakub Hj. Johari. Kota Kinabalu: Institute of Development Studies.
Kamus Dewan. 2002. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Lam Thim Fook. 1977. Urban Poverty: The Case Of Hawkers And Petty Traders. Dalam Mokhzani B.A.R Dan Khoo Siew Mun, Some Case Study On Poverty in Malaysia. Persatuan Sains Sosial Malaysia. Kuala Lumpur.
Laporan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). 2008.
Letchumanan Rahman. 2003. Sektor Informal: Satu Kajian Kes Persepsi Penglibatan Penjaja Pasar Malam Di Taman Bukit Mewah, Kajang. Latihan Ilmiah. Fakulti Sains Pembangunan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Lisa, T. S. P. 1990. Small Firms: Definition, Growth Factors and Their Role In Economic Development. Journal of the Malaysia Institute of Management. 25 (2): 39-50.
Lloyd, P. 1978. Slums of Hope? Shanty Towns of the Third World. Penguin Book. Hormondworth.
Maimunah Matali. 1990. Sektor Informal: Penglibatan Kaum Bumiputra Dalam Kegiatan Penjajaan Di Bandar Miri. Latihan Ilmiah. Fakulti Sains Pembangunan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Cawangan Sabah.
Masykur Wiratmo. 1992. Ekonomi Pembangunan: Iktisar Teori, Masalah dan Kebijakan. Yogyakarta: Media Widya Mandala.
McGee.T.G. 1970. Hawkers in Selected Asian Cities : A Preliminary Investigation. University of Hong Kong : Hong Kong Centre of Asian Studies.
McGee.T.G. dan Y. M. Yeung. 1977. Hawkers In Southeast Asain Cities: Planning For The Bazaar Economy. Ottawa: International Development Research Centre.
Moha. Asri Hj. Abdullah. 1997. Industri Kecil Di Malaysia, Pembangunan Dan Masa Depan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Majid. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Rosli Mohamad. 1998. Industri Kecil dan Sederhana: Landasan Pembangunan Usahawan. Kuala Lumpur: Mutiara Publication.
Nazfziger, E. W. 1997. The Economic of Developing Countries, Edisi ketiga. New Jersey: Prentice-Hall Inc.
Nor Aini Hj Idris. Faridah Shahadan. 1989. Pekerjaan Wanita Di Luar Rumah Dan Peranan Dalam Menyumbangkan Pendapatan Isirumah: Kajian Kes Peniaga Kecil Wanita Di Pasar Besar, Kota Bharu, Kelantan. Penerbitan Tak Berkala No:37. Fakulti Ekonomi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Nor Aini Haji Idris. 1992. Wanita Dan Aktiviti Sektor Tidak Formal: Kajian Mengenai Peniaga Wanita Pasar Di Kelantan. Fakulti Ekonomi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Nor Aini Hj. Idris. 1996. Wanita Dalam Sektor Informal: Satu Dimensi Kemiskinan Bandar. Dalam Chamhuri Siwar & Nor Aini Hj. Idris (pnyt). Kemiskinan Dalam Arus Pembangunan Ekonomi Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Aini Haji Idris dan AB. Razak. 2000. Teori Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Nor Aini Hj Idris & Chamhuri Siwar. 2003. Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Ozawa, T. 1985. Entrepreneurship and Technology in Economic Development. Asian Development Review. 3(2): 91-102.
Rahmah Ismail dan Mohd Shukri Hajinoor. 2003. Dimensi Ekonomi Pembangunan, Teori dan Realiti. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Reynold, L. A. 1969. Economic Development With Surplush Labour: Some Complications. Oxford Economic Papers, 21(1) (March):89-103.
Roadah bt. Osman. 1990. Sektor Informal di Bandar: Kajian Kes Ke Atas Segolongan Penjaja di Alur Setar Kedah Darul Aman. Latihan Ilmiah. Fakulti Sains Pembangunan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi
Schumpeter, J. A. 1961. The Theory of Economic Development. Cambridge: Harvard University Press.
Selangor. 1996. Perancangan Malaysia Ketujuh Negeri Selangor Darul Ehsan 1996-2000. Unit Perancang dan Pembangunan Pejabat SUK Selangor.
Selangor. 1999. Laporan tahunan 1999. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Sulong Mohamd & Fatimah Rostam. 1984. Matlamat dan Arah Kadar Baru di Malaysia. Ke atas Kerja Persidangan Kebangsaan di Malaysia: Perencana, Pelaksanaan dan Prestasinya. Persatuan Sains Sosial Malaysia. 9-11 Disember.
T.S. Papola. 1981. Urban Informal Sector In A Developing Economy. Vikas Publishing House PVT LTD. Navin Shahdara, New Delhi.
Teng Yoon Soon, Abdullah Munsi Abdul Rahim dan Lee Keok Cheong. 1999. Pengajian Perniagaan. Selangor. Pustaka Sarjana Sdn Bhd.
Wold Bank Search. (atas talian) http://www.woldbank.org/poverty/mission/up1.htm. (10 Julai 2007).
Zainuddin Bin Ab. Hadi. 1992. Pemodenan dan Kesannya ke atas Masyarakat Melayu
Kampung: Satu Kajian Kes di Kampung Tersusun Parit Seraya, Mukim Sungai Pinggan, Pontian, Johor. Tesis Sarjana Falsafah.
Saturday, April 5, 2008
nota analisis ruang (dr. yusuf)
Analisis ruang pembangunan
melihat dengan lebih dekat beberapa konsep dan prinsip-prinsip analisis lokasi industri yang juga mengamalkan beberapa pendekatan kepada perancangan wilayah atau lebih baik dikatakan dalam pemilihan wilayah mana yang lebih sesuai dalam perancangan aktiviti perindustrian.
Prinsip Lokasi Median
prinsip ini mengambil kira kos perjalanan atau lebih spesifik lagi kepada kos penggangkutan. Ianya tertumpu kepada faktor dimana produk akan dipasarkan juga mencadangkan dimana lokasi yang paling sesuai untuk diletakkan sesuatu industri berdasarkan kepada jarak agar kos perjalanan dapat diminimumkan untuk mendapatkan keuntungan maksimum.
(ada rajah ni)
Prinsip ini mengandaikan beberapa situasi seperti :
a) Kos memebuat sesuatu produk tidak berubah mengikut lokasi kilang.
b) Terdapat para pelanggan A,B,C,D,E,F dan G di sepanjang jalan yang berkemungkinan tiap satu abjad itu berada di wilayah yang berlainan.
c) Cuma seorang sahaja pekerja ditugaskan untuk menghantar pesanan.
d) Kos pembuatan dan pengeluaran dan jumlah penjualan adalah sama di semua lokasi.
Terdapat dua kaedah dalam menggunakan prinsip perletakan kilang cara ini
Kaedah pertama : mengunakan purata
Andaikata kilang diletakkan di lokasi A
• Jarak perjalanan = 0+1+2+4+6+14+15
= 42
• Purata perjalanan =42/7 (terdapat 7 lokasi pemilihan)
= 6 KM
Dengan kadar purata, lokasi terbaik industri akan ditempatkan pada jarak 6 KM dari A di lokasi E.
Kaedah kedua : lokasi median (penengah)
Pelanggan Jarak dari lokasi E Jarak dari lokasi D
A 6 4
B 5 3
C 4 0
D 2 0
E 0 2
F 8 10
G 9 11
Jumlah 34 32
Prinsip ini menunjukkan jarak perjalanan yang paling minimum yang dapat dilakukan oleh seorang pekerja untuk menghantar pesanan dalam satu masa. D isini lokasi E tidak dapat meminimumkan jarak penghantaraan. Oleh itu lokasi D merupakan lokasi yang disebut sebagai lokasi median iaitu lokasi yang meminimumkan jarak ke semua tempat lain. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak mengambarkan keadaan sebenarya dalam perletakkan industri, dimana faktor lain juga m empengaruhi perletakkan industri seperti buruh, insentif dan lain-lain lagi.
Prinsip firma dengan satu pasaran dan satu bahan mentah
i. Prinsip ini hanya mempertimbangkan untuk meminimumkan kos pengangkutan
ii. Contohnya, sebuah firma yang mengunakan bahan mentah yang sudah diproses daripada sesebuah kilang yang terletak di sesuatu lokasi, bahan mentah ini kemudianya digunakan oleh firma itu untuk menghasilakan produk akhir dan kemudianya di pasarkan kepada suatu kawasan lain.
iii. Untuk menentukan dimanakah lokasi yang sebaiknya dapat menempatkan firma tersebut, kos pengeluaran sekali lagi diambil sebagai suatu fenomena yang penting.
Kos pengangkutan dan perjalanan yang terlibat adalah :
a) Kos pengumpulan (Assembly Cost) iaitu kos untuk membawa bahan mentah yang sudah diproses dari kilang asal ke firma.
b) Kos pengagihan (Distribution Cost) iaitu kos untuk menghantar produk terakhir dari firma ke kawasan pasaran.
Suatu pengiraan matematik yang agak kompleks diperlukan oleh prinsip ini. Melihat secara konseptual sahaja :
Prinsip Kos Pengangkutan
Kos pengangkutan akan meningkat mengikut jarak, adakalanya teori kos pengangkutan meningkat mengikut jarak tidak semestinya mengikut aturan itu. Terdapat tiga struktur kos pengangkutan yang dapat dibincangkan dimana ianya berkaitan dengan kos dan jarak :
a) Kos pengangkutan berkadar dengan jarak
b) Kos pengangkutan mempertimbangkan kos terminal
c) Kos pengangkutan mempertimbangan kos marginal yang berkurangan
Kos terminal adalah suatu kos yang dikenakan oleh sesuatu pihak pada pemulaan perjalanan dan ada yang menyatakan adalah harga sesuatu bahan pada kedudukan asalnya dan ada yang berpendapat bahawa kos terminal juga merangkumi kos pembinaan terminal apabila bahan tersebut ditempatkan sebelum diangkut atau mengunakan perkhidmatan di terminal berlepas.
*(rajah keluk 2)
Garis A mengambarkan kos pengangkutan iaitu kadar perkilometer x bilangan kilometer. Jika mengambil kira kos terminal, maka perlu dicampurkan kos terminal dan akan men ghasilkan garis B. pada kedudukan jarak = O, maka disitu tiada kos pengangkutan atau jumlah kos adalah 0.
Prinsip lokasi industri dengan bahan mentah yang banyak
• Pada skala sebenar, kesemua bahan yang memerlukan pengangkutan akan mengambilkira kos terminal yang sebenar. Prinsip ini mengunakan konsep kos terminal yang telah diandaikan.
• Contohnya suatu firma akan mengunakan dua bahan mentah yang asalnya dari suatu lokasi M1 dan M2 dan hasilnya nanti akan dipasarkan di kawasan C. andainya setiap unit keluaran daripada lokasi M1, M2 dan C adalah seperti berikut :
Kos terminal per unit keluaran bagi M1 = RM 2
Kos terminal per unit keluaran bagi M2 = Rm 1
Kos terminal per unit keluaran bagi C = RM 3
Kos pengangkutan mengalilinggi M1, M2 dan C dilukis dan digaris ini dinamakan isotim. Titik yang memberikan jumlah kos pengangkutan yang sama akan ditandakan di lakaran dan disambungkan menjadi satu lingkaran, dan garisan ini pula dinamakan isodapane.
(rajah yg ada 2 keluk yg bersilang cm kena conting 2)
Untuk menetukan penempatan kilang, kos pengangkutan paling minimum diperlukan. Berdasarkan rajah diatas, jika lokasi dipilih dikedudukan M1, ini memberikan jumlah kos pengangkutan……
Pemilihan Lokasi Kontemporari
Beberapa peringkat terlibat dalam proses pemilihan lokasi :
a) Firma mencari lokasi yang sesuai dan mengumpulkan maklumat mengenai lokasi.
b) Satu sub-set lokasi dipilih dan firma mencari lebih banyak maklumat,
c) Perbincangan dimulakan antara firma dan agen tempatan yang tertumpu mengenai factor teknikal/kewangan,
d) Tawaran dimulakan dan kewangan sebagai fungsi penting.
Proses pemilihan lokasi ini adalah kesan daripada tindakan dan keputusan firma untuk mencari lokasi baru untuk firma/aktiviti-aktiviti. Dalam kebanyakkan kes, agen tempatan bersaing dan cuba mengambil kesempatan atas keraguan firma dalam membuat keputusan. Ini kerana ia melibatkan cukai, geran, kemudahan-kemudahan lain dan pelbagi factor lain.
Masalah kajian yang timbul apabila firma mencari lokasi baru ialah :
a) Berapa banyak lokasi yang perlu dikaji dan sejauh mana?
b) Kriteria apa yang perlu dipertimbangkan?
Model pemilihan lokasi Jayet dan Wins (1997)
Kedua-dua soalan diatas dijawab dalam 4 peringkat didalam model Jayet dan Wins. 3 peringkat awal berakhir dengan pemilihan lokasi yang agak kecil untuk dikaji manakala peringkat ke 4 berakhir dengan pemilihan muktamat. 2 peringkat diatas melibatkan perkara-perkara informasi dan dua-dua peringkat terakhir melibatkan tolak ansur agen dan firma.
(model piramit terbalik 2)
Peringkat Pertama
Melibatkan pengumpulan data daripada lokasi yang banyak. Maklumat yang dikumpulkan adalah kelebihan sesuatu lokasi kebarangkalian yang timbul, infrastruktur, kewangan dan lain-lain. Biasanya pada peringkat ini, firma mempunyai sampul lokasi yang besar. Walaubagaimanapun setengah firma kewangan sudah mempunyai semua maklumat ini, maka mereka terus ke peringkat kedua.
Peringkat Kedua
Melibatkan maklumat terperinci bagi sampel lokasi yang lebih kecil, disini firma lebih berminat dengan maklumat mengenai system ekonomi, politik di lokasi itu. Firma yang mempertimbangkan faktor tenaga kerja, pemaju, kontraktor, pembekal, system pengangkutan, sumber tenaga, pencemaran dan kewangan. Pada masa ini juga, firma mengumpul maklumat yang sukar diperolehi dan melibatkan kos yang tinggi. Lawatan ke lokasi juga dibuat untuk mencari pembekal dan mendapat khidmat konsultan. Maklumat ini penting dalam memastikan kesinambungan dalam proses pemilihan lokasi ini.
Peringkat Ketiga
Tawar menawar bermula diperingkjat ini yang melibatkan orang paling tinggi dalam firma. Keputusan akhir biasanya dibuat oleh presiden/naib presiden dengan bantuan pegawai projek. Keputusan akhir biasanya bergantung kepada keupayaan firma mengawal kewangan.
Peringkat Keempat
Peringkat ini melibatkan aplikasi kewangan dalam pemilihan. Selalunya, semua lokasi di peringkat ini lebih kurang sama kekuatanya. Maka faktor kewangan akan membezakannya. Secara amnya lokasi yang terbaik juga melibatkan insentif kewangan apabila berhadapan dengan saingan lain.
Modal Manusia
Di dalam perancangan wilayah, modal manusia juga merupakan faktor penting. Pergerakan modal manusia dari satu wilayah yang kurang tarikan ke wilayah yang menawarkan kemakmuran menjadi suatu fenomena dan perlulah diambil kira dalam sesuatu persaingan ekonomi wilayah dan analisis ruang pembangunan.
Apa itu modal manusia?
Takrifan modal manusia dikenali sebagai kekayaan manusia dan kekayaan manusia itu ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang telah dimiliki oleh seseorang manusia atau pekerja yang boleh menyebabkan mereka ini lebih produktif. Modal atau kekayaan manusia ini diperolehi daripada pelaburan yang telah dibuat ke atas manusia seperti pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, penghijrahan dan segala usaha untuk mendapatkan pimpinan dan maklumat bagi tujuan untuk meninggikan kemahiran yang ada pada seseorang itu.
Modal yang ada pada manusia itu tidak dapat dipindahkan dari seseorang ke seseorang yang lain. Jadi boleh dikatakan tahap modal seseorang manusia itu bergantung kepada nilai yang sanggup dilaburkan oleh seseorang itu. Dan permintaan kepada pelaburan yang dilalui dan situasi ketika itu, seperti perubahan struktur ekonomi sama ada dalam negeri ataupun dunia, kemajuan teknologi yang ada pada masa pelaburan dijalankan dan kewujudan perubahan kehendak terhadap jenis kemahiran buruh pada sesuatu masa.
Kenapa pentingnya modal manusia untuk kemajuan sesuatu wilayah atau Negara?
i. Daya pengeluaran buruh mempunyai hubungan yang positif dengan taraf pendidikan dan latihan, iaitu semakan tinggi taraf pendidikan dan latihan maka semakan tinggi produktif individu berkenaan.
ii. Mempunyai perhubungan yang produktif dengan pendapatan yang diterima, semakin tinggi taraf pendidikan yang diterima maka semakin tinggi pula upah dan pendapatan individu
iii. Hubungan positif dengan keluaran dan pertumbuhan ekonomi sesebuah wilayah atau Negara.
iv. Hubungan positif dengan mobility individu, individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dapat menukar pekerjaan mengikut peluang pekerjaan yang ada.
Dalam perancangan modal manusia, tujuanya adalah mencapai daya pengeluaran yang tinggi, meningkatkan pendapatan dan juga agihan pendapatan yang lebih rata. Pendidikan formal dan tidak formal mnerupakan aspek yang mempengaruhi kualiti buruh. Perancangan modal manusia juga merangkumi aspek mengawal pasaran buruh yang dapat ditawarkan dan juga ianya dikatakan satu komponen dalam rangka perancangan dan pembangunan sumber program-program sokongan yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk sumber manusia.
Peranan kerajaan juga penting dalam mengadakan program-program sokongan dalam bidang-bidang tertentu bagi meninggikan lagi tahap modal manusia. Banyak tumpuan oleh kerajaan dibuat bagi membekalkan seseorang itu dengan pengetahuan untuk meningkatkan modal individu. Antara bantuan kerajaan adalah latihan teknikal dan pelajaran vokasional, bantuan khidmat nasihat dan khidmat rundingan.
Pasaran buruh ialah satu set pasaran apabila pelbagai pekerja dan majikan menentukan kuantiti buruh yang akan ditawarkan oleh pekerja dan diminta oleh majikan pada satu-satu tingkat upah. Pasaran buruh ini merupakan jumlah beberapa subpasaran pekerja seperti pasaran untuk doctor, perubatan, peguam, juruteknik, kerani dan sebagainya. Di Negara membangun, terdapat pelbagai pasaran buruh, bagi pekerjaan yang sama, perbezaan upah amat ketara antara sector formal atau moden dengan sector tidak formal a tau tradisional, antara firma asing dengan firma tempatan antara kawasan Bandar dan kawasan luar Bandar.
(keluk penawaran buruh)
Keluk penawaran buruh menunjukan hubungan antara kuantiti buruh yang sedia ditawarkan pada setiap tingkat harga. Bentuk keluk ini meningkat ke kanan yang menunjukan lebih banyak buruh akan ditawarkan apabila kadar upah meningkat. Kadar ini dapat diukur dalam nilai nominal (tidak mangambil kesan perubahan harga umum seperti inflasi) atau nilai benar. Biasanya, penawaran buruh lebih bergantung pada nilai benar (kadar upah benar diukur sebagai nisbah upah norminal kepada harga). Selalunya inflasi akan menurunkan kadar upah benar dan mengurangkan kuantiti buruh yang ditawarkan.
Keluk penawaran buruh ditentukan oleh para pengeluar atau majikan yang memerlukan pekerja bagi mengeluar atau menjual barang dan perkhidmatan mereka. Biasanya, lebih rendah kadar upah, lebih banyak kuantiti buruh yang sedia diminta untuk bekerja. Ini menunjukkan dengan bentuk keluk permintaan buruh yang menurun ke kanan.
(keluk Pasaran Buruh Dengan Upah Boleh Ubah)
Rajah ini menunjukkan keluk prmintaan (DB) dan penawaran buruh (SB) dengan keseimbangan benar Usub⁰ (U⁰) dan kuantiti buruh Bsub⁰ (B⁰). sekiranya kadar upah benar berada di bawah Usub⁰ (U⁰) iaitu Usub² (U²), permintaan akan melebihi penawaran buruh sebanyak Bsub¹ (B¹), Bsub² (B²) atau K dan L. Keadaan ini akan mendesak pihak majikan supaya menawarkan upah yang lebih tinggi untuk menarik lebih ramai pekerja sebaliknya, jika kadar upah berada pada Usub¹ (U¹), penawaran akan melebihi permintaan buruh sebanyak MN. Ini bererti, pada kadar upah Usub¹ (U¹) yang melebihi kadar upah keseimbangan, pengganguran sebanyak MN wujud, pekerja akan bersedia untuk bekerja dengan kadar upah yang lebih rendah. Dengan yang demikian, pasaran buruh akan menuju ke titik keseimbangan.
Pengangguran buruh wujud dalam pasaran buruh keranan kekurangan permintaan terhadap buruh. Kekurangan ini lebih disebabkan oleh penurunan permintaan (peralihan keluk DB ke kiri) atau peningkatan penawaran buruh (peralihan keluk SB ke kanan). Tetapi dalam model upah boleh ubah yang sentiasa cenderung menuju kea rah keseimbangan, seperti yang ditujukan dalam rajah tadi, masalah pengangguran tidak kekal.
Pasaran Buruh Dengan Upah Tidak Boleh Ubah
Kadar pasaran dalam kebanyakkan pasaran buruh tidak begitu boleh ubah, seperti yang diandaikan oleh system pasaran bebas. Desakan kesatuan bekerja, kontrak pekerjaan dan undang-undang upah minimum adalah antara sebab kadar upah tidak boleh ubah ke bawah, tetapi boleh ubah ke atas. Kadar upah tidak boleh ubah ini akan menyebabkan masalah pengangguran lebih serius, terutama pengangguran terpaksa (model upah boleh ubah, pekerja memilih secara sukarela untuk tidak bekerja jika upah di kurangkan.
(keluk penawaran buruh g)
Apabila keluk DB beralih ke kiri, pengeluar perlu mencari jalan menurubkan kos dan harga jualan. Satu cara ialah dengan menurubkan upah dan mengurangkan pekerja. Sebahagian pekerja akan berhenti secara sukarela apabila upah turun, tetapi jika kadar tidak boleh ubah ke bawah, masalah pengangguran menjadi lebih serius kerana sebahagian terpaksa berhenti.
Katakan pasaran buruh ini berada pada titik keseimbangan apabila keluk permintaan buruh (DB²) memotong keluk penawaran buruh (SB) pada titik K dengan kadar upah (U¹) dan kuantiti buruh (B²). apabila permintaan buruh menurun ke (DB¹) dan kadar upah tidak boleh turun ke bawah dari (U¹), pengangguran MK atau (B⁰) (B²) akan wujud. Jumlah pengangguran ini terbahagi kepada dua komponen iaitu :
i. Pengangguran sukarela (B¹,B²), jika kadar upah boleh ubah.
ii. Tambahan pengangguran paksa (B⁰,B¹) kerana upah tidak boleh ubah.
Dalam kes ini, keluk penawaran buruh menjadi (U¹ MKSB).
Selain disebabkan oelh penggurangan permimtaan seperti senario diatas pengangguraan boleh juga wujud disebabkan oleh pertambahan penawaran, seperti senario di bawah.
(keluk penawaran buruh g)*da perubahan lah
Jika kadar upah bersifat boleh ubah, kadar upah akan turun dari U⁰ kepada U¹, guna tenaga meningkat dari B⁰ ke B¹ (atau pengangguran berkurangan) dan titik keseimbangan bergerak dari E ke F. Dalam kes upah tidak boleh berubah ke bawah dari U⁰, keluk permintaan buruh menjadi (U⁰ EY B¹) dan pengangguran akan wujud sebanyak EJ. Oleh sebab upah tidak boleh turun, pengeluar tidak ada insentif untuk menambah pekerjanya sebanyak EJ.
Bagaimana pula sekiranya keluk penawaran beralih ke kiri, katakana kerana kos pengeluaran meningkat? Kita akan dapati bukan sahaja pengangguran bertambah tetapi kos buruh turut meningkat. Peningkatan kos ini akan mewujudkan inflasi tolakan kos (inflasi tolakan kos lebih disebabkan oleh kenaikan harga input bukan buruh, seperti input yang diimport-kebanyakkan barang modal seperti mesin dan barangan separuh proses).
Pengangguran dan inflasi jenis ini pernah berlaku di Malaysia pada pertenggahan tahun 1980an. Pada masa itu, Keluaran Negara merosot, pengangguran bertambah dan inflasi tolakan kos berlaku kerana kenaikan harga petroleum. Inflasi jenis ini lebih teruk daripada inflasi tarikan permintaan yang disebabkan oleh pergerakan keluk permintaan ke kanan. Inflasi tarikan permintaan menaikkan harga, tetapi sekurang-kurangnya Keluaran Negara bertambah dan pengangguran terbatas.
Analisis syif-syer
i. Analisis perancangan tenaga kerja, keluaran, pendapatan Negara untuk masa hadapan memerlukan suatu analisis mengenai situasi di masa sekarang. Maklumat ini perlu untuk membuat anggaran bagi keperluan dan pengagihan sektor-sektor tertentu untuk masa hadapan.
ii. Salah satu cara manganalisis situasi masa kini dan perancangan masa depan adalah analisis syif-syer.
iii. Salah satu isu yang sangat terkemuka yang dipaparkan oleh analisis syif-syer adalah mempamerkan bagaimana prihatin sesuatu kawasan setempat dalam mengikut perkembangan pertambahan di peringkat nasional sektor-sektor tertentu.
iv. Analisis syif-syer digunakan secara meluas untuk tujuan menganalisis diperingkat daerah atau kawasan yang luas bagi tujuan menilai kejituan polisi-polisi yang ada.
v. Analisis syif-syer ini selalunya akan menggunakan beberapa tarikh penanda yang lalu bagi memerhatikan tren ataupun perubahan struktur.
Terminologi dan Konsep Analisis Syif-Syer
i. Analisis syif-syer ini adalah satu analisis yang menganalisis akan perubahan struktur ekonomi atau gunatenaga sesuatu kawasan dengan berpandukan kepada struktur ekonomi atau guna tenagan yang lebih luas seperti negeri atau negara.
ii. Analisis syif-syer akan menganalisis data mempamerkan kedudukan ekonomi atau gunatenaga sesuatu kawasan dalam 3 komponen perubahan utama iaitu :
a. Syer pertambahan ekonomi nasional
b. Syif proposi atau berstruktur
c. Syif perbedaan atau lokasi
iii. Syif pertumbuhan ekonomi nasional – mengukur perubahan dalam sektor-sektor bagi ekonomi atau gunatenaga setempat dan juga perubahan sektor ekonomi atau gunatenaga diperingkat negeri atau Negara rujukan.
iv. Syif proposi atau berstrutur – mengukur perubahan iaitu perubahan atau pengangguran dalam kawasan setempat berbanding dengan ekonomi yang lebih besar (iaitu negeri atau Negara)
v. Syif perbedaan atau lokasi – mengkaji adakah industry setempat kompetitif atau tidak berbanding dengan ekonomi yang lain yang dirujuk. Perubahan yang positif dalam syif perbedaan dalam sesuatu industri setempat akan menunjukkan bahawa industri berkenaan adalah lebih kompetitif berbanding dengan industri yang sama dikaji dalam ekonomi yang dirujuk (iaitu ekonomi yang lebih besar = negeri atau Negara)
vi. Terdapat satu lagi faktor yang selalu dikaitkan dengan analisis syif-syer, iatu ‘Location Quatient” (LQ). Teknik LQ digunakan untuk memastikan keutuhan atau ‘kecukupan sara diri’ (Self-Sulficiency) sesuatu sektor dalam sesebuah ekonomi setempat.
Pendekatan Analisis Syif-Syer
i. Analisis syif-syer adalah satu analisis yang berasaskan kepada satu rumusan yang menyatakan bahawa perubahan ekonomi rantauwan atau daerah adalah disebakan oleh 3 faktor utama yang telah dinyatakan tadi iaitu:
a. Kesan syer pertumbuhan ekonomi
b. Kesan syif berstruktur atau proposi
c. Kesan syif perbedaan atau lokasi
ii. Oleh itu analisis syif-syer bolehlah dinyatakan dalam bentuk formula berikut :
e¹ = N¹ + P¹ + D¹
• Formula diatas adalah mengukur perubahan dalam industri i (∆e i) bersamaan dengan jumlah kesan ketiga-tiga factor tadi (N¹ + P¹ + D¹). formula ini bila kembangan pertumbuhan ekonomi.
ei80-90 = ei80 [(et90 / et80)] (Syer Pertumbuhan Ekonomi)
+ ei80 [(et90 / ei80) – (et90 / et80)] (Syif Proposi)
+ ei80 [(ei90 / ei80) – (Ei90 / Ei80)] (Syif Perbedaan)
• Nota : bilangan pekerjaan digunakan sebagai unit pengiraan.
• Et80 = jumlah pekerjaan tahun 1980 dalam ekonomi yang dirujuk
• Et90 = jumlah pekerjaan tahun 1990 dalam ekonomi yang dirujuk
• Ei80 = pekerjaan dalam industri (i) tahun 1980 dalam ekonomi yang dirujuk
• Ei90 = pekerjaan dalam industri (i) tahun 1990 dalam ekonomi yang dirujuk
• ei80 = pekerjaan dalam ekonomi (i) tahun 1980 dalam ekonomi setempat
• ei90 = pekerjaan dalam ekonomi (i) tahun 1990 dalam ekonomi setempat
Kesan Syer Pertumbuhan Nasional (N)
Perkembangan atau pertumbuhan ekonomi dikawasan setempat selalunya diukur mengikut perubahan aggregat dalam sektor-sektor tertentu dalam ekonomi setempat berbanding dengan perubahan bagi sektor-sektor yang sama pada ekonomi yang dirujuk. Faktor-faktor ini juga dinamakan ‘Komponen Nasional’. Formula untuk N adalah di bawah :
• ei80 [(et90 / Et80) – 1]
Syif Proposi (P)
Ini juga dikenali sebagai syif berstruktur atau komponen struktur. Ia mengukur perubahan secara relative (pertumbuhan atau pengurangan) dalam sesuatu tempat dan perbandingan dibuat dengan ekonomi yang dirujuk. Syif proposi menyatakan bahawa adakah ekonomi setempat itu akan tertumpu dalam industri yang mengalami pertumbuhan atau mengalami kemerosotan berbanding dengan ekonomi yang dirujuk.
Keputusan yang positif bermakna bahawa sektor itu mengalami pertumbuhan yang pesat berbanding dengan ekonomi yang dirujuk (pengkhususan).
Syif Perbedaan (D)
Ianya juga dikenali sebagai syif lokasi atau komponen perbedaan. Syif ini digunakan untuk mengenal pasti daya saing industri setempat dalam membezakannya dengan ekonomi rujukan. Jika kawasan setempat mendapat kadar pertumbuhan yang tinggi dalam industri i, maka ianya mempunyai syer yang lebih besar untuk industri berkenaan berbanding dengan ekonomi yang dirujuk.
“Location Quotient” (LQ)
Ini adalah teknik bagi memperkukuhkan lagi syif-syer dalam memperkatakan mengenai kecukupan bagi kegunaan sendiri (self-sulficiency) dalam sektor tertentu dan kapasiti mengeksport bagi ekonomi setempat “Location Quotient” selalunya mengambil kira 3 faktor tertentu iaitu :
i. sedikit perbezaan dalam corak pengunaan (dari segi ekonomi atau pekerja) mengikut kedudukan ekonomi.
ii. Produktiviti guna tenaga adalah sama.
iii. Semua industri mengeluarkan barang yang homogenous.
Formula yang digunakan untuk mengukur LQ
LQi = (ei / et) / (Ei / Et)
• Ei80 = Jumlah pekerjaan tahun 1980 dalam ekonomi setempat
• et90 = Jumlah pekerjaan tahun 1990 dalam ekonomi setempat
LQ adalah kadar pekerjaan dalam satu sektor atau industri kepada jumlah keseluruhan pekerjaan dalam semua sektor.
LQ besar daripada satu apabila industri dalam sesuatu daerah adalah lebih khusus berbanding dengan ekonomi yang dirujuk. Apabila ini berlaku (LQ > 1), b ermakna bahawa industri diperingkat daerah adalah lebih khusus dalam bidang ekonomi itu berbanding daerah atau kawasan lain.
Jika LQ adalah 1, maka boleh dikatakan bahawa daerah atau kawasan itu diperingkat cukup untuk kegunaan sendiri dalam indutri tersebut. LQ < 1, daerah ini boleh mengimport barang oleh tenaga kerja dalam kategori industri i sektor tertentu.
Kritikan Analisis Syif-Syer
i. Kebanyakkan kritikan datang dari penyelidik Richardson
• Teknik primitive dan patut ditinggalkan
• Menyarankan agar digantikan dengan analisis of variance
• Pemisahan industri – dikatakan keputusan dari syif-syer tidak sesuai dengan nilai agregat industri.
• Pemilihan tarikh penanda juga menjadi kritikan, sering kali pemilihan tarikh penanda memainkan peranan dalam keputusan syif-syer. Kerap kali tarikh penanda yang baik dari segi statistiknya diambil dan ini menunjukkan keputusan yang bias.
• Ketidakstabilan komponen-komponen yang berlainan dalam syif-syer. Ada pengkritik menyatakan komponen-komponen yang berlainan dalam syif-syer menyebabkan ketidak-konsisten atau ketidaksamarataan dalam penggunaan mereka dalam syif-syer.
• Ada yang mengkritik bahawa syf-syer telah tidak menggangarkan pengaruh daripada struktur industri. Mereka menyatakan jika berlaku perubahan struktur pada mana-mana satu industri ianya akan merubah struktur industri-industri lain melalui kesan multiple dan melalui hubungan industri.
• Ada yang mengkritik syif-syer Cuma satu teknik yang piawai, mereka menyatakan bahawa syif-syer tidak menunjukkan kapasiti wilayah untuk mempertahankan industri yang berkembang atau untuk menarik industri seumpama.
• Ketidak cukupan data, kerana banyak data yang digunakan kekadang pengkaji membuat andaian sendiri pada mana-mana data yang tidak cukup bagi memenuhi permintaan syif-syer.
Wednesday, December 26, 2007
PM: Tangani masalah air -- Berikutan 165,000 penduduk Pahang terputus bekalan sejak dua minggu
| |
| |
PEKAN 26 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengarahkan agensi-agensi kerajaan supaya segera menangani masalah yang dihadapi 165,000 penduduk di beberapa daerah di Pahang yang terputus bekalan air sejak dua minggu lalu akibat banjir.
Masalah itu harus diatasi secepat mungkin, kata Perdana Menteri, kerana air merupakan antara sumber paling penting dalam kehidupan manusia.
‘‘Mereka semua akan dibantu segera sebab air adalah satu keperluan... hendak baiki kerosakan ini tidak mengambil masa yang panjang,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah di sini.
Terdahulu, Abdullah yang tiba dengan helikopter pada pukul 5.30 petang untuk meninjau keadaan banjir di negeri ini turut melakukan lawatan yang sama di Institut Kemahiran Mara (IKM) dekat sini selain mendengar taklimat mengenai perkembangan banjir di Pejabat Daerah Pekan.
Taklimat kira-kira 45 minit itu disampaikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Datuk Abdul Basik Md. Shah dan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Ini merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke Pahang dalam tempoh dua minggu. Beliau telah pun meninjau keadaan banjir di negeri ini pada 13 Disember lalu.
Sebelum banjir itu surut, lebih 23,000 penduduk negeri ini terpaksa dipindahkan kerana rumah mereka ditenggelami air dengan Pekan mencatatkan mangsa paling ramai. Kini cuma tinggal 3,800 penduduk yang masih ditempatkan di pusat penempatan banjir.
Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang hari ini mengesahkan kira-kira 165,000 penduduk negeri ini masih terputus bekalan air setelah pam di beberapa loji yang membekalkan air rosak akibat banjir, melibatkan daerah Maran, Bera, Temerloh, Mentakab dan Kuantan.
Mengulas isu itu, Perdana Menteri memberitahu, kerja membantu mangsa banjir di seluruh negara sedang digerakkan dengan baik.
Beliau yakin masalah bekalan air terputus tersebut dapat diatasi segera.
‘‘Di samping itu, kerjasama daripada mangsa-mangsa banjir juga elok.
“Saya berterima kasih kepada mereka yang turut membantu termasuk semua agensi dan jabatan kerajaan,” katanya sambil berharap mangsa-mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Perdana Menteri meminta penduduk di negeri-negeri yang mengalami banjir baru-baru ini supaya berwaspada kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua.
Sejak dua minggu lalu, selain Pahang, turut dilanda banjir ialah Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Abdullah mengarahkan agensi-agensi kerajaan bersiap sedia dalam menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
‘‘Kita siap sedia sajalah, harap-harap tidak jadi (gelombang kedua),” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri meminta bantuan kewangan kepada mangsa banjir disalurkan dengan kadar segera.
Mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai kerugian RM27.6 juta yang dialami pesawah padi di Kedah ekoran 8,500 hektar sawah di negeri itu ditenggelami banjir, Abdullah berkata, kerajaan sedang membuat taksiran tentang kerosakan tersebut.
“Apa pun itu (bantuan kewangan) nanti kemudian, sekarang peringkat membuat taksiran (kerugian akibat banjir),” katanya.
Monday, December 17, 2007
BANJIR MELANDA MALAYSIA..
TIADA PILIHAN: Penduduk setempat terpaksa mengharungi air banjir di sepanjang laluan jalan ke Pekan Rantau Panjang ketika paras air di situ semakin meningkat. |
Pahang bersiap sedia hadapi fenomena air pasang besar diramal Jumaat
Pahang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan ramalan kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir besar di negeri itu mulai Jumaat ini akibat fenomena air pasang.
Malah, keadaan banjir di negeri itu dan Kelantan semalam tidak banyak berubah dengan seorang lagi mangsa dilaporkan lemas di Tanah Merah membabitkan seorang budak perempuan berusia enam tahun, menjadikan korban banjir setakat ini meningkat kepada 22 orang.
Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Kilometer 65 juga ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh, kira-kira jam 8.45 pagi semalam.
Di Johor pula, hanya Muar, Batu Pahat dan Segamat masih terjejas manakala semua pusat pemindahan di Mersing ditutup sepenuhnya tengah hari semalam, sementara keadaan di Terengganu pulih sepenuhnya dengan semua 12 mangsa banjir sudah dibenarkan pulang.
Sehingga lewat petang semalam, 29,176 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan di tiga negeri, iaitu Pahang 21,699 orang, Kelantan (3,875) dan Johor (3,602).
| TUNGGU BANTUAN: Mangsa banjir menanti bantuan bot polis untuk ke Pekan apabila Jalan Kuantan-Pekan di KM24 ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir. |
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Batu 8, Lepar, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, berkata kerajaan sudah bersedia menghadapi gelombang kedua banjir besar itu.
"Mengikut ramalan, air pasang di muara sungai akan berlaku 21 Disember ini dan akan jadi satu lagi keadaan (banjir) yang kita perlu beri perhatian berat.
"Kita tidak tahu lagi (akan berlaku gelombang kedua) tapi ada kemungkinan air ini tidak akan surut secepat mana yang kita sangkakan," katanya yang sebelum itu meninjau keadaan banjir di daerah Pekan dan Bera dengan menaiki helikopter. Turut sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Mengulas kenaikan harga barang pada musim banjir sekarang, termasuk sebatang lilin berharga RM4 dan setong gas mencecah RM60, Najib mengingatkan peniaga supaya tidak mengeksploitasi keadaan banjir untuk menaikkan harga barangan sesuka hati.
| HARI BERSEJARAH: Majlis kahwin tetap diadakan walaupun banjir melanda Muar. |
Mengenai pengagihan bantuan kepada mangsa banjir, beliau berkata, tinjauannya semalam mendapati semua urusan dikendalikan dengan baik.
"Walaupun sesetengah tempat terputus hubungan, mereka tidak terputus bekalan keperluan. Kita tetap hantar bekalan sama ada melalui lori tiga tan, trak tentera, bot atau helikopter.
"Adnan juga sudah menjadikan Kuantan sebagai pangkalan segala bantuan dan dari situ, kita mengagihkannya menggunakan kemudahan yang ada pada tentera untuk dihantar ke pusat pemindahan yang memerlukan," katanya.
Najib berkata, penduduk yang gagal menerima bantuan makanan sebenarnya membabitkan mangsa yang enggan berpindah ke pusat pemindahan.
Bagaimanapun, katanya, arahan sudah diberi supaya bantuan sama tetap dihantar kepada penduduk terbabit.
Beliau berkata, sumbangan kepada mangsa banjir yang diterima daripada sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) juga semakin meningkat.
"Masalah banjir yang berterusan sekarang disebabkan hujan di kawasan hulu, sekali gus melambatkan proses air surut yang sebelum ini dijangka cepat berlaku," katanya.
Najib juga berharap mangsa banjir memahami kesukaran yang dialami pihak berkuasa dengan tidak membuat permintaan yang luar biasa dan sukar untuk diuruskan.
Katanya, setakat ini banyak barangan yang tidak termasuk dalam jadual bantuan asal termasuk lampin pakai buang bayi, tuala wanita, susu bayi dan lampu suluh, turut diberi kepada mangsa banjir.
Friday, November 23, 2007
Lagi Bencana Selain Banjir
KUALA LUMPUR 23 Nov — Keretakan pada dua kolam ikan di puncak Bukit Berapit, Kuala Kangsar dikenal pasti sebagai punca utama kejadian tanah runtuh di kawasan itu semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, siasatan awal menunjukkan keretakan pada kolam ikan milik swasta itu telah menyebabkan air meresap dan mengganggu struktur tanah pada cerun tersebut.
“Kejadian ini menyebabkan kolam takungan pecah dan limpahan air kolam takungan ini mengalir deras menyebabkan kerosakan besar pada cerun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Federation of Operative Dentistry of India di sini hari ini.
Beliau berkata, tindakan undang-undang tidak dapat diambil berikutan kolam itu dibina oleh pemilik tanah persendirian.
Bagaimanapun katanya, beliau akan menggesa pihak berkuasa tempatan supaya tidak meluluskan sebarang projek pembinaan pada kawasan-kawasan sensitif.
Samy Vellu yang melawat tempat kejadian hari ini berkata, beliau akan mengarahkan pihak syarikat Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) supaya membuat tinjauan udara dan mengenal pasti sebarang aktiviti pembangunan di kawasan-kawasan cerun berisiko tinggi yang boleh menyebabkan tanah runtuh.
“Ini bagi mengelakkan kejadian serupa berulang memandangkan kebanyakan kejadian yang berlaku adalah berpunca daripada aktiviti manusia,” katanya.
Katanya, Jabatan Kerja Raya dan PLUS juga diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan perjalanan trafik di kawasan tersebut lancar sewaktu kerja pemulihan dan pembersihan dijalankan.
Kejadian tanah runtuh di Kuala Kangsar yang melibatkan sebahagian Lebuhraya Utara-Selatan seksyen 231.60 arah selatan telah dibuka semula pada pukul 5 petang semalam manakala jalan persekutuan bersebelahan dibuka lewat malam tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.20 pagi semalam, seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaannya diseret oleh runtuhan tanah tersebut.- Bernama
(sumber: Utusan Malaysia 24 November 2007)Tuesday, November 6, 2007
sumbangan kepada mangsa bencana alam
Penduduk Benta sumbang RM6,027.40 tabung gempa
| |
| |
KUALA LIPIS 3 Nov. – Penderitaan mangsa gempa bumi di Indonesia terus mendapat simpati rakyat negara ini yang telah menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan mereka.
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta, Lipis tidak ketinggalan turut menyumbang sebanyak RM6,027.40 hasil kutipan pada majlis jamuan Aidilfitri DUN tersebut, baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Mohd. Soffi Tan Sri Razak terharu apabila orang ramai tampil menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat negara jiran yang ditimpa bencana gempa bumi.
‘‘Kutipan yang dibuat hanya dalam tempoh tiga jam membuktikan rakyat negara ini cukup prihatin terhadap nasib malang yang menimpa rakyat negara jiran dan sumbangan ini akan disalurkan kepada mereka melalui Tabung Gempa Nusantara Utusan-Maybank,’’ katanya.

