Saturday, August 4, 2007

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran kasar di Malaysia.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran kasar di Malaysia.

keadaan ekonomi yang lebih baik - menambahkan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk.menambahkan saiz keluarga

keluarga yang mempunyai taraf hidup dan sosio ekonomi yang rendah mengalami kadar kelahiran yang lebih tinggi kerana kurang sedar akan amalan perancangan keluarga .

pengaruh agama - semua agama misalnya agama Islam menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak ; pengajaran agama Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden .

keluarga taraf hidup tinggi - lebih mengamalkan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga .

Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik - menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan - mengurangkan kadar kematian terutamanya kalangan bayi dan orang tua .

ibu yang pendapatan per kapita tinggi - menjaga kesihatan dan melahirkan bayi yang sihat - menambahkan kadar kelahiran .

pencapaian dalam bidang pendidikan antara kaum perempuan - lewat berkahwin - tahap kesuburan wanita lebih tua adalah rendah - mengurangkan kadar kelahiran; perempuan berpendidikan tinggi kini bekerja = tidak mempunyai keluarg yang besar .

tahap pendidikan yang tinggi meningkatkan amalan perancangan keluarga - mengurangkan saiz keluarga ; menggemari saiz keluarga yang kecil - memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya.

amalan perancangan keluarga telah merendahkan kadar kelahiran - 900 000 orang wanita di Malaysia mengamalkan perancangan keluarga pada tahun 1979.

faktor sosiobudaya - keluarga besar menambahkan rezeki hidup keluarga - menambahkan kadar kelahiran.

kerajaan Malaysia menggatakkan pertumbuhan penduduk untuk memenuhi keperluan tenaga , pekerja dengan memberikan pengecualian cukai tanggungan cuti bersalin .

dan bayaran rawatan yang rendah di klinik atau di hospital kerajaan .