Thursday, October 25, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua..
Pada 26 Oktober 2007, UKM telah mengadakan majlis sambutan hari raya bertempat di DECTAR. Majlis bermula dari jam 8.45 pagi sehingga makanan habis. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan daripada semua warga UKM. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang...


~bersama TNC UKM~






Laporan Kajian Agihan Bantuan Mangsa Banjir Di Kota Tinggi. Johor

1.0 Pengenalan

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Kota tinggi terletak di Pantai Timur negeri Johor. 65 % daerah Kota Tinggi ini dikelilingi laut dan terletaknya lembangan sungai Johor dan lembangan sungai Sedili. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Dalam menghadapi kesulitan, mangsa banjir terus dihulurkan bantuan makanan dan keperluan asas yang lain. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan di pusat pemindahan, ini kerana setiap pusat pemindahan itu menempatkan diantara 100 hingga 1,000 orang mangsa banjir dan menyebabkan keperluan bahan makanan amat tinggi. Selain itu menurut Dr Robia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, keadaan jalan raya yang masih dinaiki air menyukarkan usaha penghantaran bekalan makanan dengan cepat.

2.0 Tujuan Kajian

Kajian agihan bantuan terhadap mangsa banjir merupakan isu yang telah kami pilih. Tujuan kami adalah ingin mengupas apakah bentuk bantuan yang telah diberikan, sejauhmana pengagihan bantuan sampai ke tangan mangsa banjir, siapakah yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut, adakah bantuan tersebut diagihkan secara adil dan telus keberkesanan sistem birokrasi dalam pengagihan bantuan tersebut kepada mangsa banjir dan pelbagai lagi isu bantuan yang timbul semasa dan selepas banjir.

3.0 Metodologi Kajian

Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dalam kajian ini ialah pengumpulan Data Primer melalui temubual bersama key informence serta soal selidik berstruktur. Satu lagi kaedah ialah pengumpulan Data Sekunder melalui pembacaan majalah, jurnal, dan bahan-bahan yang berkaitan banjir.

4.0 Skop Kajian

Responden yang telah dipilih adalah berasaskan kepada mereka yang merupakan mangsa banjir bagi gelombang pertama dan kedua. Responden adalah mereka yang terlibat sebagai penerima bantuan yang berasal dari kawasan Taman Kemang dan sekitar Kampung Temiung serta Kampung Kelantan. Temubual juga turut dilakukan terhadap Penghulu Mukim iaitu Tok Wan dan Ahli Jawatankuasa bagi ketiga-tiga kawasan iaitu Kg. Temiung, Kg. Kelantan dan Taman Kemang.

5.0 Hasil Kajian

Melalui kajian lapangan yang telah dijalankan selama tiga hari iaitu bermula 1 sepetember hingga 3 setember yang lalu, kami berjaya menemui responden dalam mendapat maklumat-maklumat penting . berikut merupakan hasil kajian yang dapat kami perolehi daripada 30 responden yang telah melengkapkan soalan soal selidik.

Bahagian A : Profil responden

5.1 Umur reponden









Berdasarkan rajah diatas, responden yang kami temui rata-rata berumur 51 tahun keatas. Kebanyakkan mereka adalah pesara dan ketua keluarga bagi rumah masing-masing. 27% responden adalah berumur 41 hingga 50 tahun yang juga ketua keluarga yang masih lagi kerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Rata-rata mereka sudah menetap lebih dari 20 tahun.

5.2 Status kependudukan









Berdasarkan rajah, 77% adalah penduduk asal Kota Tinggi. Mereka telah menetap lebih dari 20 tahun di kediaman masing-masing. Sementara 27% lagi bukan penduduk asal di kota tinggi, tetapi berhijrah atas sebab-sebab tertentu seperti pindah tempat kerja dan sebagainya.

5.3 Status pemilikan rumah











Berdasarkan rajah diatas, 29 responden iaitu 97% memiliki rumah sendiri. Hanya 1 responden yang kami temui adalah penyewa.

5.4 Jenis rumah









Kami lebih tertumpu di Taman Kemang, menyebabkan 40% responden memiliki rumah teras dua tingkat kos sederhana dan 44% teres kos sederhana. Manakala selebihnya responden dari kampung Kelantan dan kampung Tembiuh yang jenis rumah mereka lebih kepada rumah kampung dan rumah sebuah.

5.5 Anggaran kerugian









Keseluruhan kerugian dianggarkan antara RM10,001 hingga RM20,00 iaitu 80%. Angka kerugian yang besar ini, telah menyebabkan responden terpaksa memulakan hidup baru, seperti mula-mula berpindah ke rumah mereka. Kata mereka lagi, dengan pendapatan anatara RM1000 hingga RM2000, mereka tidak mampu untuk hidup senang seperti dulu. Kebanyakkan peralatan dan perabot rumah habis di heret banjir.


Bahagian B : Bentuk Pengagihan Bantuan

Secara amnya, bentuk bantuan yang diterima oleh mangsa di Kota boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bantuan yang berbentuk kewangan (wang) dan barangan dan kedua ialah bantuan perkhidmatan kaunseling. Melalui temubual yang telah dijalankan serta melalui soal selidik, kami mendapati bantuan kewangan diberikan sepanjang dan selepas banjir tersebut hingaa banjir reda berjumlah RM2000. Jumlah diberikan secara berperingkat, bantuan sebanyak RM200 diberi pada awal banjir reda, diikuti dengan RM200 pada bulan seterusnya, RM500 dan akhir bulan lalu RM1100 diberikan kepada semua mangsa banjir yang berdaftar.

Manakala bantuan berbentuk kaunseling pula melalui sokongan dari pihak tertentu dan orang-orang kenamaan serta semangat dan dorongan. Kunjungan dari Perdana Menteri, Menteri besar berjaya mengurangkan beban mangsa. Keprihatinan ini sedikit sebanyak meningkatkan semangat mangsa banjir untuk memulakan hidup baru. Bantuan kemanusiaan juga turut disumbangkan melalui khidmat social dari Institut awam dan swasta. Mereka bergotong royong membersihkan persekitaran dan rumah mangsa banjir. Kesemua bantuan telah diagihkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Bahagian C : Tahap Keberkesanan dan ketersampaian dalam saluran bantuan.

Melalui kajian yang telah dilakukan, kami mendapati kekan bantuan dan melihat kebanyakkan responden berpuas hati dengan bantuan yang telah diberikan walaupun bantuan yang telah diterima tidak setimpal dengan kerugian yang telah dialami. Namun mereka bersyukur dengan apa yang telah diterima. Sepanjang pengagihan bantuan, terdapat beberapa wakil penduduk yang turut terlibat menyumbangkan bantuan dan melawat mangsa di pusat pemindahan dan dirumah mangsa. Antaranya ialah Dato’ Halimah Sidek yang merupakan ADUN Kota Tinggi, dan Dato’ Hadam Baba.

Namun, tidak dinafikan sepanjang pengagihan bantuan terdapat isu-isu politk yang timbul dan masalah birokrasi yang telah menganggu proses pengagihan bantuan. Dengan itu, timbul masalah seperti keciciran nama, kelewatan sesebuah keluarga menerima bantuan makanan. Hal ini perlu di atasi untuk masa akan datang agar masalah birokrasi ini tidak menyusahkan mangsa-mangsa banjir yang serba daif. Perdana Menteri, Dr Abd Badawi sendiri manyatakan agar setiap bantuan hendaklah diberikan tanpa ada apa-apa masalah dan beliau juga berharap masalah birokrasi tidak timbul agar mangsa banjir dapat menerima bantuan dengan cepat.


6.0 Cadangan dan Pandangan

Antara cadangan yang telah kami perolehi melalui temubual dan soal selidik bersama responden termasuklah maklumat mengenai pengagihan bnatuan iaitu bila diagihkan, tempat agihan, jumlah bantuan dan sebagainya perlu disampaikan kepada semua mangsa tanpa pengecualian. Selain itu cadangan lain ialah pengurangan karenah birokrasi dalam urusan pengagihan bantuan demi memastikan pengagihan bantuan dapat diberikan dengan adil dan saksama kepada semua mangsa banjir.




7.0 LAMPIRAN.



Borang Soal Selidik Yang Digunakan Ketika Kajian:



KAJIAN AGIHAN BANTUAN TERHADAP MANGSA BANJIR

DI KOTA TINGGI, JOHOR 2007

NO SIRI : ……........

TARIKH: . 9. 2007

Salam sejahtera tuan puan, kami dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pusat pengajian sosial, pembangunan dan persekitaran (PPSPP), program Sains Pembangunan sedang menjalankan kajian seperti yang tersebut di atas. Tuan puan merupakan salah seorang responden yang dipilih. Memandangkan pentingnya kajian ini, kami mengharapkan kerjasama tuan puan menjawab semua soalan yang kami kemukakan ini. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sila tandakan (√ ) pada bahagian yang berkenaan dan isikan jawapan di ruangan berkaitan.

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

1. Umur : _______ tahun

2. Jantina: 1. Lelaki 2. Perempuan

3. Etnik: 1. Bumiputra
2. Cina

3. India

4.
Lain- lain (Nyatakan): ___________________

4. Status Perkahwinan:

1. Bujang

2. Berkahwin

3. Duda/ Janda

4. Ibu Tunggal

5. Tahap Pendidikan:

1. Tidak bersekolah

2. Sekolah Rendah

3. Sekolah Menengah Rendah

4. Pendidikan Menengah Atas

5. Kolej / Universiti

6. Ins.Kemahiran Teknikal / Perdagangan

7. Vokasional / Teknik

6. a) Status Pekerjaan:

1. Bekerja sendiri / Majikan

2. Pekerja bergaji ( swasta / kerajaan)

3. Suri rumah / tidak bekerja

4. Pesara

5. lain-lain (Nyatakan)

_________________________________________________

_________________________________________________

7. Status penduduk :

1. Penduduk asal Ya, Tidak

2. Jika bukan, nyatakan tempat tinggal anda________________

3. Berapa tahun menetap di sini? ___________ tahun


8. Bilangan ahli biasa yang tinggal serumah (termasuk KIR):




9. Bilangan ahli biasa di bawah tanggungan KIR:




10. Bilangan ahli keluarga yang bekerja:_________

*KIR – ketua isi rumah

11. Pemilikan Rumah

a. Sendiri

b. Sewa

c. Setinggan Sendiri

d. Setinggan Sewa

e. Lain- lain (Nyatakan): __________________

Jika menyewa, nyatakan bayarannya sebulan: RM: ___________________

12. Jenis Rumah:

a. Rumah sebuah

b. Rumah kedai

c. Teres setingkat

d. Teres dua tingkat


BAHAGIAN B: BENTUK PENGAGIHAN BANTUAN

Bil

Perkara

Ya

Tidak

13.

Adakah anda menerima bantuan dalam bentuk wang dan barangan



14.

Adakah anda menerima bantuan dalam bentuk bukan wang seperti perkidmatan kaunseling



15.

Adakah jumlah bantuan diagih adalah sama mengikut kawasan-kawasan tertentu



16.

Adakah bantuan yang diagih adalah secara langsung daripada pihak penderma kepada mangsa banjir



17.

Adakah bantuan yang diagih mengikut penjadualan yang telah ditetapkan



18.

Pada pendapat anda, adakah bantuan yang dibahagikan adalah adil dan saksama.



BAHAGIAN C: TAHAP KEBERKESANAN DAN KETERSAMPAIAN DALAM SALURAN BANTUAN.

Pandangan anda terhadap perkara berikut :

ARAHAN : Tandakan (√ ) berdasarkan nombor iaitu:

1

2

3

Tidak setuju

Setuju

Sangat setuju

No.

Perkara

1

2

3

19.

Anda berpuas hati dengan cara pengagihan bantuan




20.

Bantuan yang diberikan adalah mencukupi dan setimpal dengan kerugian yang dialami




21.

Anda berpuas hati dengan jumlah bantuan yang telah diberikan




22.

Berlaku/ timbul isu- isu politik dalam pengagihan bantuan




23.

Wujudnya birokrasi dalam pengagihan bantuan kepada mangsa banjir




24.

Penetapan jumlah bantuan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kedalaman paras air




25.

Layanan yang diberikan oleh pihak yang terlibat (JKKK) adalah mesra dan adil semasa menjalankan pengagihan bantuan




26.

Tempoh pengagihan bantuan yang diberikan kepada anda adalah memuaskan




27.

Terdapat beberapa Wakil rakyat (ADUN) dalam menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir.





28. Adakah anda pernah menerima bantuan daripada VIP sepanjang tragedi banjir ini berlaku:

Jika ya, nyatakan:

Siapa:___________________________________________________

Jumlah:___________________________________________________

Catitan:___________________________________________________

29. Cadangan pengagihan bantuan yang dirasakan wajar digunakan berdasarkan pengalaman yang telah dialami:

__________________________________________________________

___________________________________________________________ .