Thursday, August 16, 2007

CIRI-CIRI TAHAP MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

Ciri-ciri tahap-tahap model peralihan demografi

Tahap pertama: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah tinggi dengan ini, kadar pertumbuhan semula jadi rendah dan kadar kelahiran tinggi. Hal ini adalah disebabkan kurang perancangan keluarga, kehendak ahli keluarga yang banyak; keluarga besar - keluarga petani besar supaya anak-anak dapat membantu mereka apabila anak-anak dewasa. Manakala kadar kematian tinggi kerana kekurangan makanan yang seimbang dan berzat serta taraf kesihatan yang rendah.

Tahap kedua: Merupakan peringkat awal perkembangan penduduk, oleh itu kadar kelahiran adalah tinggi - kurangnya amalan perancangan keluarga serta kadar kematian adalah menurun - maju dalam bidang perubatan, pemakanan, dan lebih perkhidmatan kesihatan. Oleh itu kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian menurun ; kadar pertumbuhan semulajadi meningkat.
Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap kedua ini adalah: Myanmar, Argentina, dan Kemboja.

Tahap ketiga: kadar kelahiran mula menurun, kadar kematian juga menurun serta menjadi mantap , kadar kelahiran menurun iaitu penduduk mula mengamalkan perancangan keluarga dengan ini kadar kematian menjadi mantap iaitu peningkatan dalam taraf kesihatan perubatan dan makanan.
Antara negara-negara yang mengalami tahap ini adalah negara membangun yang sedang memajukan bidang perindustriannya dimana kadar pertumbuhan semulajadi menurun dengan pesatnya contohnya Malaysia, Thailand, dan Filipina.

Tahap keempat: kadar kelahiran dan kadar kematian adalah rendah dimana ekonomi negara stabil dan maju, taraf hidup dan sosioekonomi juga adalah tinggi, oleh itu ia merendahkan kadar kelahiran , meningkatkan taraf kesihatan perubatan, dan pemakanan mengurangkan kadar kematian.
Antara contoh negara-negara yang mengalami tahap ini ialah Jepun, Amerika Syarikat dan Sweden.

2 comments:

wailsmacdougal said...

How Much is Titanium Worth in 2021? - TITaniumS.com
1x16 inch; 5.5 mens black titanium wedding bands ounce; 4.4 inch; chi titanium flat iron 5.5 ounce; 4.5 inch; titanium trim as seen on tv 5.5 oz; 4.6 inch; 4.7 inch; 5.5 ounce; 4.5 inch; 5.5 hypoallergenic titanium earrings oz; 4.6 inch; guy tang titanium toner 4.7 inch

mcshoate said...

e502i7lagrh080 custom sex doll,wholesale sex toys,sex chair,black dildos,fantasy toys,bullets and eggs,Clitoral Vibrators,realistic dildo,cheap sex toys r653w8rhxvw802