Monday, October 1, 2007

PENERANGAN AWAL TENTANG BANJIR DI KOTA TINGGI. JOHOR


Banjir pertama

Banjir di Kota Tinggi Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat Johor, Johor Baru, Kluang , Kota Tinggi , Mersing , Muar , Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus . Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad . Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan mendermakan uniform sekolah kepada mereka yang terlibat Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air main meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut.Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan.




Banjir kedua

Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angin darurat telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain.




Bantuan

Selain derma orang ramai dan usaha-usaha NGO, kerajaan Malaysia telah mengumumkan beberapa bantuan khas. RM 6 juta telah diperuntukkan untuk para petani. Manakala bagi My Kad, dan kad pengenalan diri lain akan diganti secara percuma.

No comments: