Monday, October 1, 2007

BANJIR DI KOTA TINGGI


Banjir atau bah boleh di kategorikan sebagai bencana alam jika ianya berlaku secara besar-besaran dan melibatkan kerugian serta kemusnahan. Mengikut kamus dewan edisi ketiga. 2002. Banjir merupakan keadaan air menenggelami atau menggenagi kawasan yang luas, bah, air bah: kawasan ini sering dilanda banjir. Manakala dari perspektif geologi pula, banjir adalah kesan semulajadi aliran sungai dalam persekitaran yang selalu berubah. Sungai memperolehi sebahagian besar airnya dari hujan , di mana jumlah hujan yang turun berubah dari hari ke hari,tahun ke tahun dan abad ke abad. Kesinambungan dari ini, banjir terjadi apabila aliran air yang masuk ke satu kawasan lebih besar dari kapasiti air yang dapat di tampung oleh sistem. Sistem yang selalunya atau mudah banjir dipangggil floodplain. Flooplain ini wujud dikawasan yang mudah terkena banjir.

Banjir terburuk pernah berlaku Malaysia sebelum ini ialah ‘Bah Besar’ yang melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitar pada 1926 dan 1971. Banjir yang tidak disangka juga berlaku di Shah Alam pada Februari 2006. Banjir di Kota Tinggi sebelum itu juga telah banyak mendatangkan kerugian kepada banyak pihak. Pada masa itu Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Muar, Pontian, dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan mendermakan uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air bersih dan elektrik. Mengikut Kementerian Kesihatan, kes-kes penyakit yang disebarkan air masin meningkat. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas air bah telah surut. Melihat kesan banjir yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir amat memilukan.

Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu। Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga terdapat khabar angin darurat telah diisytiharkan di Johor, namun ia tidak benar. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain

Terdapat banyak faktor yang menyumbang ke arah berlakunya banjir। Manusia juga telah melaksanakan pelbagai kaedah untuk mengatasi masalah banjir dari berlaku lagi.Terbaru, terowong SMART telah di bina sebagai salah satu langkah berjaga-jaga akan berlakunya banjir lagi di Kuala Lumpur.

Antara sebab-sebab yang boleh di katakan punca banjir adalah kegagalan empangan dan struktur hidraulik lain untuk berfungsi dengan sebaiknya menyebabkan berlakunya banjir। Empangan adalah satu struktur hidraulik yang dibina untuk menahan air,membentuk kolam,tasik, dan kawasan tadahan air. Empangan St. Francis, berhampiran Saugus, di California, runtuh pada 1929 melibatkan kematian sebanyak 450 orang. Empangan Johnstown, di Pennsylvania, dibina dengan tanah dan batuan telah musnah akibat dari hujan yang lebat pada tahun 1889. Seramai 2,200 mangsa dikatakan telah terkorban dari banjir akibat empangan yang pecah tersebut.

Hakisan sungai terjadi kerana sungai /aliran air mempunyai kebolehan untuk mengalih batu-batu kecil dan membawa mereka ke satu tempat yang baru। Saiz serpihan batu yang boleh diangkut oleh air tadi bergantung kepada jenis aliran samada laminar ataupun gelora.Lambat-laun apabila telah banyak serpihan batu telah diangkut oleh aliran air,hakisan akan terus berlaku sehingga merosakkan struktur hidraulik tersebut samada ia adalah semulajadi mahupun buatan.

Justeru, kajian hendaklah dijalankan lagi untuk mencari reka bentuk semula struktur hidraulik yang lebih efektif, ini termasuklah penstabilan jalan-jalan sungai, meningkatkan kecerunan dan halaju aliran,menambahkan kapasiti muatan longkang, dan pengurangan hakisan pada tambak dan longkang।

Tebatan banjir juga boleh dijayakan dengan pemalingan atau penyimpangan aliran air dari menumpu ke satu-satu lembah sungai sahaja ke beberapa tempat yang lain. Ia mungkin memerlukan empangan dibina sekiranya penyimpangan di buat keluar dari kawasan lembah sungai. Membesarkan kapasiti kawasan tadahan air juga boleh mengurangkan risiko berlakunya banjir.

No comments: